Friday 5 December 2014

Rawatan Bersama Guru di Putrajaya

Guru saya kini berada di Lembah Klang sehingga ahad ini. Pada tuan / puan yang ingin ikhtiar sebarang gangguan & penyakit fizikal seperti darah tinggi, jantung, kanser dan sebagainya, boleh hubungi saya untuk temujanji di talian 012-9883445.

Thursday 23 October 2014

Angin Dalam Badan. Adakah Gangguan?

Seperti diketahui umum, jin ialah makhluk ghaib yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Bangsa mereka juga memiliki kelebihan untuk masuk dan berjalan dalam saluran darah di dalam diri anak Adam. Bangsa jin juga boleh mengecil dan menduduki suatu tempat yang kecil secara beramai-ramai.

Antara tanda bahawa badan seseorang itu dihuni oleh jin ialah badan yang sentiasa berangin. Jenuh makan ubat atau mengurut tetapi angin masih banyak dan tidak hilang. Maka, anda boleh memilih untuk membuat pemeriksaan dengan mana-mana perawat Islam.

Biasanya, angin dalam badan yang berkaitan dengan jin akan menyebabkan si pesakit sentiasa sedawa dari kawasan dada dan bukan dari kawasan perut. Sedawa tersebut hanya mengandungi angin semata-mata dan tidak berbau. Sedawa yang berterusan ini tidak melegakan dada. Dada merasa berat dan rimas.

Sedawa akan bertambah kuat apabila seseorang itu solat, mengaji al-quran atau mendengar bacaan al-quran. Selain itu, si pesakit itu juga akan berasa mengantuk setiap kali membuat amal ibadat. Tanda yang lain ialah merasa suatu suhu atau hawa yang hangat dan panas di atas belakang bermula dari pinggang hingga ke bahagian tengkuk ketika beribadat.

Jika anda ada mengalami situasi begini, mungkin badan anda dihuni oleh jin yang anda tidak sedari atau ketahui. Jumpa mana-mana perawat Islam untuk semakan dan pengesahan lanjut.

Monday 29 September 2014

Kuliah Kitab Turath Secara Bertalaqqi & Bersanad

Kepada tuan / puan yang berada di lembah klang & sekitar yang berminat untuk mengikuti kuliah kitab turath secara bertalaqqi & bersanad. Kuliah dikendalikan oleh Baba Idris Ulama' Dari Fathani. Kuliah akan bermula selepas Aidil Adha. Kitab yang akan dibahaskan ialah:

1. Kitab Mizan Az-Zarari (Baba Ismail Sepanjang Al-Fathoni) - Tauhid

2. Kitab Bakuroh Al-Amani (Al-Alim Al-Allamah As-Syeikh Ismail bin Abdul Qadir Al-Fathoni) - Tauhid
3. Kitab Wishahul Afrah Wa Ishbahul Falah (Syeikh Muhammad bin Ismail Daud Al-Fathoni) - Fekah
4. Kitab Sabilal Muhtadin (Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari) - Fekah
5. Kitab Kifayatul Muhtadi - Fekah
6. Kitab Matla'ul Badrain (Syeikh Muhammad bin Ismail Daud Al-Fathoni) - Fekah
7. Kitab Penawar Bagi Hati (Syeikh Abdul Qadir bin Abdul Mutholib al-Indonisi al-Mandili) - Tasawuf
8. Kitab Aqidatun Najin (Syeikh Zainal Abidin bin Muhammad Al-Fathoni) - Tauhid

Berminat? Hubungi saya di 012-9883445.

Thursday 11 September 2014

Gangguan Semasa Ramadhan

Maaf kepada para pembaca kerana lama tidak update blog. Dah usang dan berhabuk. Kebelakangan ni sibuk dengan rawatan dan kerja harian.

Ada yang bertanya pada saya, betul ke bulan Ramadhan pun ada gangguan. Ramai ustaz kata syaitan dirantai masa bulan Ramadhan.

Jom kita berkongsi cerita...

Memang benar dalam hadis disebutkan bahawa syaitan dirantai dan dicampakkan ke laut pada bulan Ramadhan. Antara hikmahnya supaya manusia dapat beramal tanpa gangguan. Tetapi, ada juga yang terbabas. Mengapa, sebab tabiat 11 bulan telah kekal dan sebati. Maka, walaupun tiada syaitan, nafsu dan tabiat itu masih mampu memandu ke arah maksiat.

Bagaimana pula dengan jin? Jin tidak termasuk dalam hadis di atas kerana mereka juga dituntut beribadat ke pada Allah SWT seperti manusia. Maka, jin tetap ada. Orang tua-tua kata bulan Ramadhan tiada hantu. Sebenarnya, jin ada sama ada bulan Ramadhan atau tidak.

Apa buktinya? Buktinya masih terdapat gangguan pada bulan Ramadhan. Jika jin dikurung, pasti pesakit yang ada jin dalam tubuh mereka menjadi sihat. Hakikatnya, jin tetap ada pada bulan Ramadhan tetapi mereka agak lemah kerana manusia meningkatkan amalan kebaikan.


Monday 18 August 2014

Jemputan: Pengijazahan Khas Amalan Pengubatan Islam


Sahabat saya, ustaz muna hamzan akan menganjurkan Seminar Pengijazahan Khas Amalan Pengubatan Islam di Kelantan pada 6 Disember 2014. Kepada yang berminat, boleh berhubung terus dengan beliau seperti iklan tertera.

Thursday 14 August 2014

Kembali ke Putrajaya

Di atas beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan, saya telah membatalkan perjalanan ke Melaka dan kini telah kembali ke Putrajaya. Kepada yang ingin mendapatkan khidmat rawatan di Putrajaya, boleh hubungi saya untuk temujanji.

Monday 11 August 2014

Berada di Melaka

Insya Allah, saya akan berada di Melaka pada 11 - 15 Ogos dan 18 - 22 Ogos. Kepada warga Melaka yang ingin mendapatkan khidmat rawatan boleh menghubungi saya untuk temujanji. Saya hanya ikhtiar untuk berdoa. Hakikat penyembuhan datang daripada Allah SWT.

Tuesday 5 August 2014

Rawatan Oleh Guru di Lembah Klang

Guru saya akan berada di Lembah Klang pada khamis ini sehingga isnin depan. Bagi yang ingin mendapatkan rawatan bagi masalah sihir / saka / kanser / darah tinggi / jantung / rumah tangga dan sebagainya, boleh hubungi saya untuk temu janji.

Friday 27 June 2014

Jom Hafal Yasin Sempena Ramadhan Ini

Sempena Ramadhan kali ini, mari kita ambil kesempatan untuk menghafal Surah Yasin disamping aktiviti tadarrus Al-Quran. Bagi memudahkan mereka yang ingin menyahut cabaran ini, pihak kami membuat sedikit panduan yang boleh digunakan bersama. Semoga kita berjaya... Salam Ramadhan Kareem.


p/s: Sepanjang Ramadhan ini, waktu rawatan hanya pada malam Sabtu & malam Ahad sahaja setelah solat Terawih.

Monday 23 June 2014

Salah Tuju atau Memang Dituju

Marah nyamuk, kelambu dibakar.

Perbuatan khianat seperti sihir biasanya dibuat dan dituju khas kepada orang tertentu. Adakalanya, tidak dituju pada mangsa tetapi kepada ahli keluarga lain. Tujuannya, supaya pesakit dan perawat keliru.

Mungkin ada orang yang berdendam dengan si suami. Tetapi, sihir dituju pada anak dan isteri. Mengapa? Supaya apabila si suami pergi berubat dan sembuh, sihir itu datang kembali. Ini kerana sumber sihir tidak dihapuskan.

Jika seseorang itu dikhuatiri terkena sihir, saya amat galakkan keseluruhan keluarga diberi rawatan kerana dibimbangi ada ahli keluarga lain juga yang turut terkena.

Berdasarkan pengalaman saya, ada seorang individu dalam keluarga yang disihir dan menunjukkan kesan sakit fizikal. Apabila diperiksa di hospital, tiada punca yang ditemui. Setelah ikhtiar rawatan Islam, ditemui bahawa bukan beliau sahaja yang disihir tetapi terdapat beberapa lagi ahli keluarga yang turut terkena namun tidak menunjukkan kesan.

Tukang sihir amat licik untuk menutup punca atau sumber sihir mereka. Namun begitu, tiada yang berkuasa melainkan Allah SWT yang Maha Kuasa. Sihir mereka terjadi juga dengan izin Allah SWT. Selayaknya kita hamba juga memohon pada Allah SWT untuk membatalkan sihir tersebut.

Semoga kita dipelihara Allah SWT daripada khianat di kalangan jin dan manusia.


Wednesday 11 June 2014

Santau Di Tempat Kerja

Santau boleh jadi dihantar melalui beberapa cara iaitu melalui makanan, angin atau sentuhan. Pesakit biasanya tidak dapat mengesan sebarang perubahan sehingga santau tersebut telah sebati dalam diri.

Dalam kehidupan seharian di pejabat, kita tidak terlepas untuk bergaul mesra, makan bersama dan melakukan aktiviti bersama rakan sepejabat. Namun begitu, dalam kegembiraan pasti ada yang berduka. Mungkin ada pihak yang dengki atau iri hati dengan kita. Mungkin ada orang yang dengki pada sahabat baik kita tetapi kita yang terkena.

Nasihat saya, sentiasa amalkan zikir selepas solat seperti berikut:

1. Al-Fatihah 1x
2. Ayatul kursi 1x
3. Al-Ikhlas 3x
4. Al-Falaq 1x
5. An-Nas 1x

Jadikan amalan yang istiqamah sepanjang hayat. Apabila menerima sesuatu barang atau sebelum menjamah sesuatu makanan. Sentiasa amalkan bismillah 5 dan ayatul kursi. Niat supaya Allah s.w.t melindungi kita dari sebarang malapetaka.

Bismillah 5:


Saturday 29 March 2014

Mengapa Sihir?

Sihir bukanlah fenomena baharu di Malaysia. Amalan sihir telah berlaku sejak dahulu lagi. Akhir-akhir ini, amalan sihir seolah-olah kembali masyhur dan sering digunakan bagi menjatuhkan lawan.

Mengapa sihir?

Jawapannya mudah, tukang upah boleh memilih bagaimana cara yang dia mahu untuk mangsanya rasai kesakitan itu. Sama ada sihir itu makan secara dalaman sikit demi sikit yang mana boleh membawa kematian dalam tempoh yang panjang. Penyakit tersebut tidak dapat dikesan oleh mana-mana perubatan moden sehingga berjumpa dengan perawat Islam yang serasi. Jika sudah berjaya dikesan pun, kesakitan yang dialami telah berada pada tahap kritikal.

Atau tukang upah mahu melihat mangsa derita dengan penyakit fizikal. Apa yang menariknya ialah, tukang upah tidak boleh didakwa di mana-mana mahkamah di dunia sekalipun kita tahu siapa punya angkara.

Mengapa begini?

Kerana mahkamah memerlukan bukti fizikal untuk membolehkan seseorang itu didakwa. Kita tidak boleh dakwa seseorang berdasarkan cakap-cakap bomoh atau pengamal perubatan sahaja. Telahan ini tidak boleh dipakai di mahkamah melainkan terdapat bukti kukuh. Oleh yang demikian, sihir menjadi pilihan untuk menjatuhkan dan menganaiyai seseorang atau untuk mendapatkan sesuatu yang diidamkan.

Thursday 27 March 2014

Seminar Pengubatan Islam 2014


Alhamdulillah, semalam Allah s.w.t telah memberi kepada saya kesempatan untuk mengikuti Seminar Pengubatan Islam anjuran Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin. Penceramah di bawakan khas dari Pusat Rawatan Darussyifa'.

Sesi pagi dimulakan dengan penerangan oleh Ust. Ab Razak bin Mahadi. Beliau menerangkan tentang hakikat kesembuhan itu adalah milik mutlak Allah s.w.t dan hubungkait penyakit dengan masalah rohani serta emosi.

Beliau menyampaikan ceramah dalam bentuk santai dan mudah difahami. Beliau memecahkan punca penyakit bukan fizikal kepada tiga iaitu:

1. Gangguan emosi
2. Gangguan makhluk halus
3. Gangguan emosi dan mahkluk halus.

Perawat dan pesakit perlu mengetahui yang mana satu menjadi punca gangguan tersebut. Emosi yang tidak terkawal boleh mengundang gangguan daripada makhluk halus jika kita berada dalam keadaan terlampau takut, terlampau gembira, terlampau sedih, terlampau berani.

Nasihat beliau, untuk menjaga emosi ubatnya ialah dengan menguatkan rohani. Apabila rohani kuat, maka emosi akan menjadi sukar terganggu.

Pada sesi petang pula, seminar diteruskan dengan forum bual bicara bersama YBhg. Tuan Guru Dato' Dr. Harun Din iaitu pengasas Pusat Rawatan Darussyifa'. Beliau mengulas dan memberi penerangan terperinci pada persoalan mengenai gangguan makhluk halus, ciri-ciri rawatan Islam, penggunaan bahan-bahan rawatan, saka.

Saya doakan semoga lebih banyak seminar seperti ini dapat diadakan untuk memberi kesedaran dan pengetahuan kepada masyarakat agar tidak tertipu atau tersalah memilih kaedah rawatan yang dikatakan berlandaskan Islam.

Monday 24 March 2014

Suami Menjadi Dingin Dengan Kehadiran Orang Ketiga

Perangai si suami mula berubah sejak akhir-akhir ini. Sering pulang lewat malam. Kadang-kadang pagi baru balik. Tidur hanya sejam dua kemudian terus bangun pergi kerja. Kadang-kadang, mandi pun tidak. Mungkin suamiku banyak tugasan di pejabat, getus si isteri.

Belanja dapur telah lama tidak diberi. Dahulu, pantang gaji atau barang dapur mula menyusut, si suami pasti segera ke kedai untuk membeli keperluan. Buat stok katanya. Tapi sejak kebelakangan ini, si isteri pula yang perlu mengeluarkan belanja dapur. Kalau mengharapkan si suami, pasti tidak berasap dapur dan kebulur anak-anak.

Sekarang pun si suami jarang bermain dengan anak-anak. Duit belanja sekolah anak-anak tidak disediakan. Jika tidak, awal-awal bulan si suami akan tukar duit seringgit untuk perbelanjaan anak-anak. Hujung minggu ada sahaja alasan, ada kerja di pejabat, ingin bertemu kawan dan sebagainya. Tidak ada lagi masa untuk isteri dan anak-anak. Kalau tidak, mesti diajak makan di luar atau keluar berjalan-jalan di hujung minggu.

Duit untuk isteri pun sudah tidak dihiraukan. Bayaran bil banyak yang tertunggak. Kereta dijual, ah long datang mencari. Habis segala harta yang dikumpul selama ini. Ke mana wang itu pergi?

Hati isteri mana yang tidak berkecai dan hancur bila mendengar si suami ada perempuan lain. Katanya perempuan itu lebih manja dan menjaga dirinya.

Alhamdulillah, selepas dua (2) kali rawatan, si suami sudah mula menunjukkan reaksi positif. Sudah mula nampak isteri dan anak-anak. Perempuan itu pun sudah minta putus hubungan. Semoga Allah s.w.t mengekalkan hubungan rumah tangga mereka yang bahagia hingga ke syurga. Tidak salah jika lelaki ingin beristeri lebih, tetapi berterus teranglah dengan si isteri dan ukur baju di badan sendiri. Ingat, kita semakin tua dan tenaga juga makin berkurang.

Chicken Pox

Kata orang tua-tua, setiap orang mesti kena demam campak sekali seumur hidup. Sama ada ia satu kebenaran atau kebetulan, wallahu'alam. Kalau baby kena chicken pox memang sedih kita tengok. Asyik tergaru-garu dan tak selesa. Bila digaru, luka menjadi kudis dan merebak.

Alhamdulillah, dengan berkat doa dan ikhtiar penyakit chicken pox pada bayi yang datang berjumpa saya semakin surut. Mudah-mudahan disembuhkan Allah s.w.t jua. Saya gemar menasihatkan pesakit saya, ikhtiarlah dengan kedua-dua jenis rawatan sama ada moden mahupun Islam kerana kita tidak tahu di manakah terletaknya penawar yang Allah s.w.t berikan. Walau bagaimanapun, iktikad kita hendaklah teguh dan mantap bahawa hanya sanya Allah s.w.t. jualah yang Maha Penyembuh. DariNya jua penyakit itu datang, kepadaNya jua kita memohon penyembuhan.

Monday 10 March 2014

Misteri Kehilangan Pesawat B777-200 MH370

Belum pun habis isu jerebu dan kemarau yang panjang, Malaysia diuji sekali lagi dengan ujian yang amat berat berikutan kehilangan pesawat B777-200 MH370 yang dalam perjalanan dari KLIA menuju ke Beijing, China.

Misteri kehilangan masih belum terjawab sehingga kini walaupun kerja-kerja menyelamat telah masuk hari ketiga dengan bantuan aset daripada beberapa negara yang prihatin. Syukur ke hadrat Ilahi kerana dalam masa Malaysia diuji begini, masih ada negara yang bersimpati untuk menghulurkan bantuan walaupun pada masa sama ada terdapat beberapa perkara yang tidak sehaluan.

Justeru itu, kita sebagai insan biasa yang lemah hanya mampu memanjat doa kepada Allah s.w.t semoga diberi suatu keajaiban buat mereka. Sesungguhnya tidak ada sesuatu yang mustahil buat Allah s.w.t. Tiada sesuatu yang berlaku melainkan dalam pengetahuan Allah s.w.t jua.

Semoga Allah s.w.t memudahkan usaha mencari & menyelamat yang sedang giat dijalankan. Semoga rahmat Allah s.w.t sentiasa mengiringi kalian.

Amin ya rabbal alamin.

Monday 10 February 2014

Ikhtiar Rawatan Demam Denggi - Ramuan Daun Betik

Akhir-akhir ini kita diberitakan bahawa kes demam denggi yang melanda di Malaysia semakin meningkat berbanding masa yang sama pada tahun lalu. Sehingga kini tiada sebarang ubat & penawar dari sudut perubatan moden.

Jika seseorang itu disahkan menghidap denggi, pesakit akan dimasukkan air garam sahaja. Ini disebabkan semasa tempoh pengeraman 1 - 7 hari, pesakit akan kehilangan air yang banyak. Tempoh kritikal pesakit ialah antara 24 - 48 jam selepas jangkitan di mana pesakit akan mengalami penurunan platlet yang begitu ketara. Kadar platlet dalam darah bagi orang normal antara 150,000 hingga 145,000.

Pesakit biasanya digalakkan minum air yang banyk bagi menampung kehilangan air dalam badan. Ramai yang menyarankan agar pesakit mengambil 100 plus. Jika pesakit ingin minum 100 plus, pastikan gasnya dibuang terlebih dahulu.

Antara petua yang sering diberikan ialah memakan sup ketam nipah bagi menaikkan kadar platlet. Namun begitu, kadang kala ada pesakit yang alergi terhadap makanan laut terutamanya ketam. Pengambilan sup ini mungkin akan mengakibatkan kesan sampingan seperti tersumbat saluran pernafasan atau radang organ dalaman bagi mereka yang alahan.

Jika pesakit alahan terhadap ketam, terdapat satu alternatif lain yang boleh diusahakan iaitu ramuan daun betik. Berdasarkan pengalaman, ramuan daun betik juga tidak kurang keberkesanannya berbanding sup ketam. Pesakit yang diberi ramuan daun betik menunjukkan peningkatan platlet selepas 2 - 3 jam pengmbilan jus tersebut. Namun begitu, harus diyakini bahawa penawar itu adalah dari Allah s.w.t jua.

Kaedah penyediaan ramuan daun betik ialah seperti berikut:

1. Dapatkan 2 -3 helai daun betik yang sederhana. Tidak terlalu tua & tidak terlalu muda.
2. Basuh & sejatkan daun tersebut beberapa jam. Ini bertujuan untuk menghilangkan getah daun betik. Perlu ingat bahawa getah daun betik agak gatal dan memberi kesan alahan pada sesetengah orang.
3. Tumbuk sehingga lumat daun betik tersebut menggunakan lesung batu.
4. Perah daun betik tersebut untuk mendapatkan 2 sudu besar ekstrak daun betik. Jangan campur air semasa proses melumatkan atau memerah ekstrak tersebut.
5. Minum ekstrak tersebut tanpa disusuli oleh air sehingga 2 jam. Ekstrak tersebut agak pahit.
6. Pastikan ekstrak disediakan dalam keadaan segar. Buat setiap kali sebelum minum.
7. Jika bacaan platlet antara 100,000 - 150,000, ambil sekali sehari. Jika bacaan di bawah 100,000, ambil 2 kali sehari.

Semoga bermanfaat untuk membantu para pesakit denggi.

Thursday 30 January 2014

Rawatan Semasa Cuti Tahun Baru Cina

Maaf sebab lama tidak update blog. Tempoh hari pulang bercuti di kampung. Insya Allah, semasa cuti raya cina yang panjang ini, anda yang ingin mendapatkan rawatan boleh menghubungi kami. Rawatan akan dibuat di Putrajaya.

Thursday 9 January 2014

Rawatan di Kelantan

Kami akan berada di Kelantan pada 13 - 17 Jan 2014. Kepada anda yang memerlukan khidmat kami sepanjang tempoh tersebut boleh menghubungi kami di talian 012-9883445.

Friday 3 January 2014

Rawatan Kanser / Barah / Ulser

Alhamdulillah, syukur apabila dapat bermuzakarah dengan tuan guru semasa tempoh beliau berada di sini. Kepada yang telah menerima rawatan sepanjang tempoh beliau di sini, kami mengucapkan terima kasih kerana mempercayai dan menggunakan khidmat rawatan kami.

Bagi anda yang mengalami penyakit fizikal seperti kanser / barah / ulser dan seumpamanya yang masih mencari penawar, bolehlah berhubung terus dengan tuan guru saya di talian 019-4300756. Buat masa ini, rawatan penyakit fizikal seumpama ini hanya ditawarkan di cawangan kami di sungai petani, kedah sahaja.

Pesakit perlu melalui rawatan sekurang-kurangnya sebanyak tiga kali untuk membuang penyakit fizikal tersebut. Berdasarkan pengalaman kami merawat pesakit, kadang-kadang penyakit tidak dapat dikesan oleh perubatan moden. Setelah rawatan pertama, penyakit baru dapat dikesan secara perubatan moden.

Dengan izin Allah s.w.t jua, ramai pesakit yang telah sembuh setelah rawatan ketiga. Ada penyakit yang hilang 100%, ada penyakit yang terbantut dan berhenti tumbesaran, ada penyakit yang mula mengecut. Setiap pesakit mendapat hasil yang berbeza mengikut perancangan dan ketentuan daripada Allah s.w.t.

Perlu kita yakin dan fahami bahawa setiap penyakit itu datang daripada Allah s.w.t dan penyembuhannya juga datang daripada Allah s.w.t. Kita sebagai manusia hanya mampu berikhtiar berpandukan ilmu yang telah dikurniakan oleh Allah s.w.t dan kekasihNya Baginda Nabi Muhammad s.a.w.