Monday 10 February 2014

Ikhtiar Rawatan Demam Denggi - Ramuan Daun Betik

Akhir-akhir ini kita diberitakan bahawa kes demam denggi yang melanda di Malaysia semakin meningkat berbanding masa yang sama pada tahun lalu. Sehingga kini tiada sebarang ubat & penawar dari sudut perubatan moden.

Jika seseorang itu disahkan menghidap denggi, pesakit akan dimasukkan air garam sahaja. Ini disebabkan semasa tempoh pengeraman 1 - 7 hari, pesakit akan kehilangan air yang banyak. Tempoh kritikal pesakit ialah antara 24 - 48 jam selepas jangkitan di mana pesakit akan mengalami penurunan platlet yang begitu ketara. Kadar platlet dalam darah bagi orang normal antara 150,000 hingga 145,000.

Pesakit biasanya digalakkan minum air yang banyk bagi menampung kehilangan air dalam badan. Ramai yang menyarankan agar pesakit mengambil 100 plus. Jika pesakit ingin minum 100 plus, pastikan gasnya dibuang terlebih dahulu.

Antara petua yang sering diberikan ialah memakan sup ketam nipah bagi menaikkan kadar platlet. Namun begitu, kadang kala ada pesakit yang alergi terhadap makanan laut terutamanya ketam. Pengambilan sup ini mungkin akan mengakibatkan kesan sampingan seperti tersumbat saluran pernafasan atau radang organ dalaman bagi mereka yang alahan.

Jika pesakit alahan terhadap ketam, terdapat satu alternatif lain yang boleh diusahakan iaitu ramuan daun betik. Berdasarkan pengalaman, ramuan daun betik juga tidak kurang keberkesanannya berbanding sup ketam. Pesakit yang diberi ramuan daun betik menunjukkan peningkatan platlet selepas 2 - 3 jam pengmbilan jus tersebut. Namun begitu, harus diyakini bahawa penawar itu adalah dari Allah s.w.t jua.

Kaedah penyediaan ramuan daun betik ialah seperti berikut:

1. Dapatkan 2 -3 helai daun betik yang sederhana. Tidak terlalu tua & tidak terlalu muda.
2. Basuh & sejatkan daun tersebut beberapa jam. Ini bertujuan untuk menghilangkan getah daun betik. Perlu ingat bahawa getah daun betik agak gatal dan memberi kesan alahan pada sesetengah orang.
3. Tumbuk sehingga lumat daun betik tersebut menggunakan lesung batu.
4. Perah daun betik tersebut untuk mendapatkan 2 sudu besar ekstrak daun betik. Jangan campur air semasa proses melumatkan atau memerah ekstrak tersebut.
5. Minum ekstrak tersebut tanpa disusuli oleh air sehingga 2 jam. Ekstrak tersebut agak pahit.
6. Pastikan ekstrak disediakan dalam keadaan segar. Buat setiap kali sebelum minum.
7. Jika bacaan platlet antara 100,000 - 150,000, ambil sekali sehari. Jika bacaan di bawah 100,000, ambil 2 kali sehari.

Semoga bermanfaat untuk membantu para pesakit denggi.

2 comments:

  1. sama2. semoga petua yang sedikit ni dpt bantu saudara kita yg lain.

    ReplyDelete