Thursday 28 November 2013

Sihir Membuat Pesakit Berubah Sikap

Bukan semua sihir yang dihantar bertujuan untuk menjadikan mangsa jatuh sakit. Ada antara sihir yang dihantar sekadar untuk menjadi mangsa dibenci. Mangsa akan berubah sikap panas baran yang melampau. Mangsa akan memarahi orang sekeliling. Sebenarnya, mangsa sendiri tidak tahu atau sedar dengan perubahan tersebut. Perubahan ini hanya disedari oleh teman sekitar. Jika ada di antara teman sekitar anda yang berperangai seperti ini. Bawalah mereka untuk mendapatkan rawatan. Memang tidak dinafikan mereka akan cakap bahawa mereka sihat dan tiada apa-apa kerana 'penghuni' dalam tubuh mereka tidak mahu diganggu.

Wednesday 20 November 2013

Kanser Pada Kaca Mata Perubatan Moden & Islam

Bila disebut pasal kanser, ramai terlintas tentang ketumbuhan, pembentukan, kerosakan sel yang ada dalam badan manusia. Sel ini telah mutasi menjadi sel baharu yang tidak dikenali oleh badan kita sendiri.

Menurut perubatan moden, sel ini bermutasi mungkin kerana pendedahan pada sinar berbahaya, pemakanan atau genetik. Kanser yang dijumpai pada peringkat awal, mungkin ada harapan untuk sembuh. Tetapi, kebiasaannya, kanser hanya dikenal pasti apabila telah memasuki tahap III atau IV.

Pihak hospital biasanya akan cuba sedaya upaya untuk mematikan atau membantutkan sel kanser tersebut dengan pemberian ubat, pembedahan atau kemoterapi. Namun, tidak semua penyelesaian itu membantu para pesakit. Ada pesakit yang telah berulang kali melakukan pembedahan. Ada yang alergi pada rawatan kemoterapi.

Mengikut pandangan perubatan Islam, kanser boleh terjadi disebabkan oleh dua punca utama. Pertama, penyakit fizikal dan kedua, penyakit bukan fizikal.

Penyakit fizikal, bermaksud sama seperti penyakit yang dinyatakan oleh pakar perubatan moden. Bagi perubatan Islam, terdapat kaedah rawatan sama ada untuk mematikan sel tersebut atau memindahkan sel tersebut ke medium yang lain.

Penyakit bukan fizikal pula ialah penyakit yang disebabkan oleh perbuatan jin. Kadang-kadang sel itu disebabkan oleh perbuatan sihir. Penyakit seperti ini biasanya tidak dapat dijelaskan oleh pakar perubatan moden. Kaedah rawatan ialah dengan membatalkan sihir yang telah dikenakan. Pesakit akan sembuh dengan izin Allah s.w.t sejurus sihir itu dibatalkan.

p/s: Terdapat kes yang dirawat pesakit mengadu sakit dalam perut. Pihak hospital tidak mampu memberikan jawapan. Punca sebenar ialah sihir. Sakit boleh berpindah-pindah semasa sesi rawatan dijalankan. Ada pesakit yang menghidapi kanser dan telah disahkan oleh pihak hospital. Selepas rawatan, pemeriksaan susulan dengan pihak hospital mendapati sel kanser telah hilang. Bagi anda yang menghidapi sebarang jenis penyakit, disarankan ikhtiar dengan kedua-dua jenis perubatan moden & Islam.


Wednesday 13 November 2013

Puasa Sunat Muharram

Salam Maal Hijrah pada para pengunjung blog. Saya mohon maaf jika ada salah & silap. Semoga tahun baru ini akan membawa erti hijrah ke arah yang lebih baik.

Pada bulan Muharram, kita amat digalakkan berpuasa sunat pada 9, 10 dan 11 Muharram. Jika boleh, buat ketiga-tiga hari. Jika tidak, boleh ambil 9 & 10 Muharram atau 10 & 11 Muharram sahaja. Seboleh-bolehnya, jangan berpuasa 10 Muharram sahaja kerana menyerupai Yahudi.

Ada masa saya berkongsi cerita & pengalaman lagi. Sekarang saya tengah tumpu untuk menyelesaikan kes sihir satu keluarga yang agak berat disebabkan dengki dan iri hati.

Sama-samalah kita berdoa agar kita semua dilindungi Allah s.w.t dari kejahatan pengupah dan tukang sihir laknatullah alaih.

Amin ya rabbal alamin.

Thursday 7 November 2013

Gangguan Tanpa Tanda Atau Mimpi

Kebiasaannya apabila kita menyelusuri blog perawat Islam, kebanyakan akan menyenaraikan tanda-tanda gangguan semasa sedar dan tidur. Saya tidak bercadang untuk berkongsi tanda-tanda tersebut kerana anda boleh dapatkan maklumat tu dengan mudah. Bukan saya tidak setuju, cuma sekadar untuk berkongsi pengalaman dengan para pembaca sahaja.

Jika kita mengalami tanda-tanda gangguan itu, sewajarnya kita bersyukur kerana sekurang-kurang kita telah mendapat amaran awal. Jika kita sedar, maka cepat-cepat berjumpa perawat Islam untuk proses scanning. Jika dibiarkan lebih lama maka akan jadi lebih parah.

Apa yang ingin saya kongsikan di sini ialah ada gangguan yang tidak memberi sebarang tanda. Pesakit tidak mengalami sebarang mimpi. Pesakit tidak mengalami sebarang kesakitan. Tetapi gangguan tersebut makan dari dalam tanpa disedari. Perangai pesakit berubah tanpa disedari. Hanya ahli keluarga terdekat dan sekeliling dapat melihat perubahan pesakit.

Mengapa pesakit tidak menunjukkan sebarang tanda? Tujuannya supaya pesakit menderita perlahan-lahan dan tidak sedar. Jika pesakit sedar, maka pesakit akan cepat-cepat mendapatkan rawatan. Sebab itu, kadang-kadang ada di kalangan pesakit yang tidak percaya mereka sebenarnya mengalami masalah gangguan.

p/s: penderitaan secara perlahan-lahan lebih kejam berbanding penderitaan yang drastik.