Bila disebut pasal kanser, ramai terlintas tentang ketumbuhan, pembentukan, kerosakan sel yang ada dalam badan manusia. Sel ini telah mutasi menjadi sel baharu yang tidak dikenali oleh badan kita sendiri.
Menurut perubatan moden, sel ini bermutasi mungkin kerana pendedahan pada sinar berbahaya, pemakanan atau genetik. Kanser yang dijumpai pada peringkat awal, mungkin ada harapan untuk sembuh. Tetapi, kebiasaannya, kanser hanya dikenal pasti apabila telah memasuki tahap III atau IV.
Pihak hospital biasanya akan cuba sedaya upaya untuk mematikan atau membantutkan sel kanser tersebut dengan pemberian ubat, pembedahan atau kemoterapi. Namun, tidak semua penyelesaian itu membantu para pesakit. Ada pesakit yang telah berulang kali melakukan pembedahan. Ada yang alergi pada rawatan kemoterapi.
Mengikut pandangan perubatan Islam, kanser boleh terjadi disebabkan oleh dua punca utama. Pertama, penyakit fizikal dan kedua, penyakit bukan fizikal.
Penyakit fizikal, bermaksud sama seperti penyakit yang dinyatakan oleh pakar perubatan moden. Bagi perubatan Islam, terdapat kaedah rawatan sama ada untuk mematikan sel tersebut atau memindahkan sel tersebut ke medium yang lain.
Penyakit bukan fizikal pula ialah penyakit yang disebabkan oleh perbuatan jin. Kadang-kadang sel itu disebabkan oleh perbuatan sihir. Penyakit seperti ini biasanya tidak dapat dijelaskan oleh pakar perubatan moden. Kaedah rawatan ialah dengan membatalkan sihir yang telah dikenakan. Pesakit akan sembuh dengan izin Allah s.w.t sejurus sihir itu dibatalkan.
p/s: Terdapat kes yang dirawat pesakit mengadu sakit dalam perut. Pihak hospital tidak mampu memberikan jawapan. Punca sebenar ialah sihir. Sakit boleh berpindah-pindah semasa sesi rawatan dijalankan. Ada pesakit yang menghidapi kanser dan telah disahkan oleh pihak hospital. Selepas rawatan, pemeriksaan susulan dengan pihak hospital mendapati sel kanser telah hilang. Bagi anda yang menghidapi sebarang jenis penyakit, disarankan ikhtiar dengan kedua-dua jenis perubatan moden & Islam.
Salam tuan. Masihkah ada harapan kepada pesakit kanser untuk mencuba ikhtiar rawatan Islam sekiranya penyakit tersebut adalah penyakit fizikal dan bukan punca dari perbuatan sihir? Mohon pandangan. Terima kasih.
ReplyDeleteSalam. Masih boleh dengan izin Allah s.w.t. Kita akan pindahkan penyakit tersebut ke suatu medium lain. Alhamdulillah, telah ramai pesakit yang berjaya melalui proses perubatan ini tanpa memerlukan pembedahan di hospital. Wallahu'alam.
ReplyDelete