Thursday, 7 November 2013

Gangguan Tanpa Tanda Atau Mimpi

Kebiasaannya apabila kita menyelusuri blog perawat Islam, kebanyakan akan menyenaraikan tanda-tanda gangguan semasa sedar dan tidur. Saya tidak bercadang untuk berkongsi tanda-tanda tersebut kerana anda boleh dapatkan maklumat tu dengan mudah. Bukan saya tidak setuju, cuma sekadar untuk berkongsi pengalaman dengan para pembaca sahaja.

Jika kita mengalami tanda-tanda gangguan itu, sewajarnya kita bersyukur kerana sekurang-kurang kita telah mendapat amaran awal. Jika kita sedar, maka cepat-cepat berjumpa perawat Islam untuk proses scanning. Jika dibiarkan lebih lama maka akan jadi lebih parah.

Apa yang ingin saya kongsikan di sini ialah ada gangguan yang tidak memberi sebarang tanda. Pesakit tidak mengalami sebarang mimpi. Pesakit tidak mengalami sebarang kesakitan. Tetapi gangguan tersebut makan dari dalam tanpa disedari. Perangai pesakit berubah tanpa disedari. Hanya ahli keluarga terdekat dan sekeliling dapat melihat perubahan pesakit.

Mengapa pesakit tidak menunjukkan sebarang tanda? Tujuannya supaya pesakit menderita perlahan-lahan dan tidak sedar. Jika pesakit sedar, maka pesakit akan cepat-cepat mendapatkan rawatan. Sebab itu, kadang-kadang ada di kalangan pesakit yang tidak percaya mereka sebenarnya mengalami masalah gangguan.

p/s: penderitaan secara perlahan-lahan lebih kejam berbanding penderitaan yang drastik.

No comments:

Post a Comment