Rawatan kami hanya menggunakan ayat al-quran, doa yang mathur dan zikir sahaja. Bahan-bahan rawatan yang digunakan pula ialah air dan garam sahaja. Bahan-bahan lain seperti lada hitam, daun bidara dan limau purut akan digunakan jika terdapat keperluan sahaja.
Pada peringkat awal, pesakit akan diberi minum air yang telah dibacakan ayat al-quran & zikir untuk melihat reaksi dan tindak balas gangguan. Jika terdapat tanda-tanda wujudnya gangguan, pesakit akan dirawat pada peringkat kedua.
Pada peringkat kedua, perawat akan membacakan ayat-ayat al-quran dengan kuat di telinga sambil memegang kepala pesakit. Tindak balas gangguan akan diperhatikan. Jika masih terdapat gangguan, maka pesakit akan dirawat secara rapi diperingkat seterusnya.
Pada peringkat ini, pesakit akan dibacakan dengan beberapa ayat-ayat al-quran tambahan. Ada masanya, pesakit perlu dimandikan. Pesakit akan dirawat sehingga pulih dan sedar.
Setelah selesai, pesakit digalakkan untuk datang membuat rawatan susulan sekurang-kurangnya tiga kali bagi memastikan tiada lagi gangguan pada diri pesakit.
No comments:
Post a Comment