Monday 30 December 2013

Santau & Bismillah Lima

Sejak kebelakangan ini, kami banyak menerima kes sihir yang berkait dengan santau. Santau boleh berlaku secara perantaraan angin atau memberi makan kepada mangsa. Racun dan sihir tersebut akan masuk dan berada dalam perut mangsa yang akan menyebabkan mangsa menderita.

Mangsa biasanya sukar untuk mengesan bahawa mereka adalah mangsa santau kerana tujuan tukang sihir ialah untuk menyeksa mangsa secara perlahan-lahan. Mangsa hanya menyedari bahawa mereka telah disihir apabila mendapatkan rawatan selepas merasa ada yang tidak kena pada diri mereka.

Bagi mengelakkan sihir santau jenis makanan, maka sebaik-baiknya kita memohon perlindungan dengan Allah s.w.t setiap kali ingin menjamah makanan agar terpelihara daripada tipu daya syaitan. Antara amalan yang boleh diamalkan ialah dengan melazimkan untuk membaca Bismillah Lima sebelum menjamah makanan.

Berikut ialah bacaannya:


Semoga Allah s.w.t memberi manfaat kepada kita semua.

Monday 23 December 2013

Tuan Guru Berada Di Lembah Kelang

Insya Allah, tuan guru saya akan berada di Lembah Kelang pada hari ini sehingga hujung minggu ini. Dalam tempoh tersebut, jika anda ingin mendapatkan khidmat rawatan boleh hubungi kami segera di talian 012-9883445.

Untuk makluman, khidmat rawatan oleh tuan guru saya tidak terhad pada penyakit gangguan jin & syaitan sahaja. Penyakit fizikal seperti kanser, jantung, darah tinggi dan sebagainya juga boleh diikhtiar. Semoga anda dapat memanfaatkan masa beliau semasa di sini.

Friday 20 December 2013

Video: Kenali Sihir Oleh Ybhg. Dato' Ismail Kamus


Intipati ceramah:

Sihir atau jampi mentera ialah salah satu cara untuk menyeru syaitan atau iblis. Tukang sihir akan melakukan aktiviti pemujaan seperti memuja tengkorak atau perbuatan syirik yang lain. Ada juga tukang sihir yang membaca ayat Al-Quran secara terbalik atau membaca Al-Quran dalam tandas. Perbuatan syirik seperti ini digunakan untuk menyeru jin, syaitan mahupun iblis untuk hadir untuk memenuhi hajat mereka. Jin, syaitan atau iblis yang datang akan bertanya apa jenis khidmat yang tukang sihir mahu dan mereka akan penuhi hajat tersebut kerana mereka telah berjaya menyesatkan seorang lagi manusia dan menjadi teman mereka bersama-sama di dalam api neraka.

Sejarah awal sihir ialah untuk memisahkan antara suami & isteri seperti mana yang telah difirman Allah s.w.t. dalam Al-Quran dalam surah Al-Baqarah, ayat 102. Oleh sebab itu, sihir pemisah antara jenis sihir yang mahsyur dan terkenal.

Apabila tukang sihir melakukan pemujaan, maka jin akan hadir lalu menawarkan khidmat mereka. Setelah itu, tukang sihir akan menyatakan hajatnya lalu jin tersebut akan mengarahkan tenteranya untuk menyerang & menyakiti mangsa.

Mangsa akan mula merasa sakit apabila tentera jin itu mula menyerang. Kesakitan itu akan terjadi seperti mana yang dihajati oelh tukang sihir. Tentera jin ini adalah jenis yang taat pada ketua mereka dan mereka tidak akan mengalah atau menyerah diri walaupun dibaca ayat-ayat Al-Quran. Mereka tidak keluar dari tubuh mangsa bukan disebabkan mereka kuat atau kebal tetapi mereka takut hukuman yang akan mereka terima jika mereka mengingkari arahan ketua mereka.

Namun begitu, kita tetap disaran & disuruh untuk berubat dengan menggunakan ayat-ayat Al-Quran dan jangan menggunakan khidmat tukang sihir juga untuk merawat penyakit. Jika kita berbuat demikian, maka kita juga bersama-sama syirik seperti tukang sihir.

Secara umumnya, sihir boleh dibahagi pada dua jenis iaitu sihir waqi'i dan sihir khayali. Sihir waqi'i ialah jenis serangan fizikal yang mana mangsa akan merasakan kesakitan dan penderitaan akibat disihir. Sihir khayali ialah sihir pandangan mata. Pandangan mata mangsa dikhayalkan. Contoh sihir khayali seperti di majlis kenduri. Mangsa akan melihat nasi berulat & tidak masak. Contoh yang lain ialah seperti pembedahan batin yang tidak menggunakan bius & tidak menyakitkan.

Dengarkan video ini untuk mendapatkan penjelasan lanjut.

Monday 16 December 2013

Saka: Mak Yong, Wayang Kulit, Main Puteri

Seni Mak Yong, Wayang Kulit dan Main Puteri antara kesenian asli Melayu Pantai Timur terutama negeri Kelantan. Saya tidak ingin berbicara bab hukum agama mengenai halal atau haram. Saya juga tidak ingin berbicara persoalan boleh atau tidak pelajari kesenian ini. Pendapat peribadi saya, seni ini harus dipelihara agar warisan generasi kita yang seterusnya mengenali jati diri bangsa dan asal usul mereka.

Cuma dalam mempelajari kesenian ini, wajib bagi kita untuk tinggalkan perbuatan khurafat & syirik yang telah sebati seperti pemujaan pentas sebelum memulakan upacara seni. Saya sendiri pernah melihat upacara perasap bangsal sebelum bermain wayang kulit. Jiran yang sakit teruk boleh bangun berdiri dan menari apabila dirawat menggunakan kaedah main puteri.

Tidak dinafikan, jika kita mencampurkan amalan khurafat & syirik semasa melakukan sesuatu, maka akan ada makhluk lain akan turut serta berdamping dengan kita. Bagaimana mungkin seseorang boleh meniru pelbagai suara, gerak tari lenggok gemalai, bahasa purba dahulu kala dan sebagainya. Seseorang boleh naik syeikh bila mendengar tiupan serunai dan gendang. Ada angin bak kata sesetengah orang.

Belajar seni tidak salah. Yang salah & haram ialah mengambil pendamping. Saya pernah merawat beberapa kes berkaitan saka Mak Yong & Main Puteri. Pesakit bukan seorang penggiat seni Mak Yong. Tidak mempunyai tangan yang lentik. Tetapi, semasa sesi rawatan boleh menyanyi lagu Mak Yong mendayu-dayu. Melentik tangan, melembai badan. Apabila disiasat, rupanya terdapat keturunan nenek moyang yang pernah bermain Mak Yong. Memakai sesuatu untuk kekal cantik jelita. Dek kerana kesalahan atau kesilapan yang pernah dilakukan oleh nenek moyang mereka, akhirnya cucu cicit yang terpaksa menanggung akibatnya.

Nasihat saya, jauhilah perbuatan khurafat & syirik. Dekatkan diri dengan Allah s.w.t dengan mengikuti teladan & jalan Baginda Rasulullah s.a.w.

Friday 13 December 2013

Amalan Selawat Ummi

Amalan selawat ummi ini sebaik-baiknya dilakukan setelah kita khatam amalan Lailahaillah seperti post saya sebelum ini. Amalan Lailahaillallah itu kita lakukan bagi menyucikan diri kita untuk benar-benar menafikan tuhan selain Allah s.w.t dan mengisbatkan hanya Allah s.w.t sahaja tuhan yang layak diimani.

Amalan selawat ummi ini pula untuk menyatakan bahawa kita yakin dengan seyakin-yakinnya bahawa Rasulullah s.a.w adalah nabi & rasul utusan Allah s.w.t serta menerima bahawa Al-Quran itu adalah mukjizat dan wahyu daripada Allah s.w.t.

Sesungguhnya Al-Quran itu adalah wahyu daripada Allah s.w.t dan bukanlah tulisan & karangan rekaan Rasulullah s.a.w seperti mana yang kita yakini dalam selawat ini bahawa Rasulullah s.a.w itu Rasul & Nabi yang ummi (buta huruf). Selawat ini bukan bertujuan untuk menghina atau merendahkan martabat Rasulullah s.a.w., sebaliknya adalah tanda membenarkan Rasulullah s.a.w dan Al-Quran itu sendiri.


Amalan ini perlu dikhatam dengan membacanya sebanyak 100,000 kali. Paling baik dihabiskan dalam masa sehari. Jika tidak mampu, boleh dipecahkan dalam tujuh (7) hari. Antara kelebihan yang akan diperolehi ialah seseorang yang telah khatam amalan ini dengan jayanya, insya Allah akan dipertemukan Allah s.w.t akan Rasulullah s.a.w dalam mimpi kita. Semoga kita diberikan kekuatan untuk khatam amalan ini. Amin ya rabbal alamin.

Amalan Lailahaillallah

Pada kali ini saya ingin berkongsi amalan yang boleh kita amalkan dalam kehidupan kita. Ini antara amalan kerohanian atau kesufian dalam mendekatkan diri kita pada Allah s.w.t.

Untuk mengamalkan amalan ini, saya sarankan supaya anda berjumpa dengan mana-mana guru tasawuf untuk mendapatkan ijazah amalan daripada mereka. Amalan ini dipetik dari kitab yang saya pelajari iaitu Penawar Hati.

Amalan Khatam Lailahaillallah:



Amalan ini boleh dilakukan seberapa banyak kali yang kita mampu. Satu set hendaklah dibaca sebanyak 70,000 kali. Sebaik-baiknya dihabiskan dalam masa sehari. Jika tidak mampu, boleh dipecahkan 10,000 kali sehari sehingga tujuh (7) hari.

Kelebihan amalan ini ialah mereka yang telah khatam amalan ini akan dipelihara akan Allah s.w.t dari azab api neraka.

Terdapat sebuah kisah di mana seorang yang telah khatam amalan ini berada dalam satu majlis ilmu. Tiba-tiba seorang ahli majlis itu berteriak apabila beliau melihat ibunya sedang dibakar dalam api neraka. Justeru itu, hamba Allah ini ingin menguji akan kebenaran amalan ini. Maka, beliau hadiahkan amalan ini kepada ibu ahli majlis tersebut. Tidak semena-mena selepas itu, orang itu berkata bahawa ibunya telah aman daripada api neraka. Maka, yakinlah beliau dengan amalan yang telah dilakukan ini.

Sebaik-baiknya, dibuat amalan ini beberapa set iaitu:

1. 70,000 x untuk diri sendiri
2. 70,000 x untuk setiap isteri
3. 70,000 x untuk ibu
4. 70,000 x untuk ayah
5. 70,000 x untuk setiap anak

Semoga Allah s.w.t memberi kita kekuatan untuk khatam amalan ini. Amin ya rabbal alamin.

Tuesday 10 December 2013

Batasan Aurat Antara Perawat dan Pesakit Wanita

Aurat antara lelaki dan wanita satu perkara yang sensitif. Aurat merupakan batasan yang perlu dijaga dalam segenap masa termasuk semasa sesi rawatan. Kebanyakan pesakit yang berjumpa kami adalah dikalangan wanita. Mungkin ada sedikit kemusykilan atau pertanyaan yang bermain di benak fikiran bagaimana untuk menjaga batas aurat antara pesakit wanita dan perawat lelaki.

Setiap pesakit yang kami rawat perlu disertai oleh mahram dan mendapat kebenaran wali atau suami. Kehadiran mereka bersama diperlukan bagi mengelakkan timbulnya sebarang fitnah semasa sesi rawatan dilakukan. Sesi rawatan akan dibuat di kawasan terbuka yang boleh dilihat oleh semua orang.

Pesakit wanita akan diminta untuk mengenakan tudung atau telekung. Disamping itu, mereka juga digalakkan memakai seluar panjang. Perawat biasanya akan memulakan ruqyah dengan memegang kepala pesakit. Pesakit tidak digalakkan untuk memakai stokin bagi memudahkan proses pengeluaran jin menerusi kaki. Sekiranya jin tersangkut di mana-mana bahagian tubuh badan, perawat akan meminta izin daripada mahram untuk menyentuh kawasan tersebut dengan memakai sarung tangan. Perawat akan menggunakan seminima mungkin sentuhan semasa proses rawatan dilakukan.

Pesakit dan perawat perlu menjaga batasan aurat sepanjang tempoh rawatan supaya tidak melanggar hukum syarak dan mencapai redha Allah s.w.t dalam mencari kesembuhan daripadaNya.

Monday 9 December 2013

Pengalaman Merawat Pesakit Jantung

Pesakit ini merupakan pesakit pertama yang saya rawat iaitu kira-kira sepuluh (10) tahun yang lalu. Beliau mengadu mengalami sakit jantung. Pemeriksaan di hospital mendapati terdapat beberapa saluran darah pada jantung yang tersumbat dan perlu menjalani pembedahan kecil.

Doktor akan buat prosedur tembak melalui saluran darah di bahagian peha. Pesakit tersebut seboleh-bolehnya tidak mahu menjalani sebarang prosedur pembedahan.

Dengan izin Allah s.w.t beberapa minggu sebelum pembedahan, pesakit menemui saya dan meminta untuk dibuatkan air penawar. Alhamdulillah, selepas meminum air tersebut, pesakit ke hospital untuk membuat pemeriksaan sejurus sebelum prosedur pembedahan diteruskan.

Hasil pemeriksaan, doktor dapati saluran yang tersumbat telah tiada. Pesakit hanya perlu makan ubat sahaja seperti sedia kala. Benarlah firman Allah s.w.t dan sabdaan Nabi s.a.w bahawa Al-Quran itu adalah mukjizat & penawar buat sekalian makhluk.

Thursday 5 December 2013

Bolehkah Guna Air Zam Zam Sebagai Air Penawar Atau Jampi

Sabda Rasulullah s.a.w mafhumnya, "Sebaik-baik air di muka bumi ialah air zam zam. Ia merupakan makanan yang mengenyangkan dan penawar bagi penyakit." (Hadis riwayat Ibn Hibban, al-Tabrani)

Daripada Ibn 'Abbas r.anhu. Rasulullah s.a.w bersabda mafhumnya," Air zam zam sesuai dengan niat orang yang meminumnya, apabila engkau meminumnya sebagai ubat, semoga Allah akan menyembuhkanmu, apabila engkau meminumnya untuk mengenyangkan, semoga Allah mengenyangkan kamu, apabila engkau meminumnya untuk menghilangkan dahaga, semoga Allah menghilangkannya. Air zam zam ialah galian Jibril dan merupakan curahan minuman daripada Allah kepada nabi Ismail a.s" (Hadis riwayat Dar al-Qatni dan al-Hakim)

Sememangnya telah diperakui bahawa air zam zam itu ialah penawar. Air zam zam merupakan minuman dari syurga. Oleh itu, jika tidak dibaca apa-apa pun ia dengan sendirinya telah dikurniakan sifat penawar bagi penyakit oleh Allah s.w.t.

Air zam zam mempunyai bacaan alkali yang tinggi yang baik untuk kesihatan tubuh badan. Menjadikan air zam zam sebagai minuman harian adalah amat baik bagi kesihatan rohani dan jasmani.

Jika anda bertanya pada saya, boleh ke guna air zam zam untuk buat air penawar atau jampi. Saya dengan ikhlas akan jawab, sesungguhnya air zam zam itu memang telah sedia sebagai penawar sejak azali tanpa perlu dijampi lagi.

Tuesday 3 December 2013

Jadual Rawatan 7 & 8 Dis 2013

Untuk makluman, kami hanya merawat satu kes sahaja sehari agar dapat memberi perhatian penuh pada kes yang dirawat.

7 Dis 2013 - Kes rawatan di Putrajaya

8 Dis 2013 - Kes rawatan di Putrajaya

Rawatan seterusnya ialah pada 21 & 22 Dis 2013 kerana saya berada di luar kawasan. Sila buat temu janji awal. Saya boleh dihubungi di talian 012-9883445.

Monday 2 December 2013

Rumah Dihuni Penghuni Tidak Diundang

Kadang-kadang kita terdengar cerita melalui mulut rakan sepejabat tentang gangguan semasa berada di rumah. Sering terdengar bunyi guli atau perabot ditarik di waktu senja dan malam. Kadang-kadang bunyi seperti orang sedang memasak. Di kala lain pula, terdengar seperti orang berlari di atas bumbung.

Gerangan siapakah yang bermain-main itu? Jika anda mengalami tanda-tanda seperti ini, berkemungkinan rumah yang didiami itu terdapat penghuni tidak diundang yang tinggal bersama. Mungkin mereka cuba menunjukkan tanda protes atau ingin memberitahu kewujudan mereka di situ.

Langkah yang boleh diambil ialah dengan melakukan pembersihan dan pemagaran agar penghuni tersebut berpindah ke tempat yang baharu.