Friday 20 December 2013

Video: Kenali Sihir Oleh Ybhg. Dato' Ismail Kamus


Intipati ceramah:

Sihir atau jampi mentera ialah salah satu cara untuk menyeru syaitan atau iblis. Tukang sihir akan melakukan aktiviti pemujaan seperti memuja tengkorak atau perbuatan syirik yang lain. Ada juga tukang sihir yang membaca ayat Al-Quran secara terbalik atau membaca Al-Quran dalam tandas. Perbuatan syirik seperti ini digunakan untuk menyeru jin, syaitan mahupun iblis untuk hadir untuk memenuhi hajat mereka. Jin, syaitan atau iblis yang datang akan bertanya apa jenis khidmat yang tukang sihir mahu dan mereka akan penuhi hajat tersebut kerana mereka telah berjaya menyesatkan seorang lagi manusia dan menjadi teman mereka bersama-sama di dalam api neraka.

Sejarah awal sihir ialah untuk memisahkan antara suami & isteri seperti mana yang telah difirman Allah s.w.t. dalam Al-Quran dalam surah Al-Baqarah, ayat 102. Oleh sebab itu, sihir pemisah antara jenis sihir yang mahsyur dan terkenal.

Apabila tukang sihir melakukan pemujaan, maka jin akan hadir lalu menawarkan khidmat mereka. Setelah itu, tukang sihir akan menyatakan hajatnya lalu jin tersebut akan mengarahkan tenteranya untuk menyerang & menyakiti mangsa.

Mangsa akan mula merasa sakit apabila tentera jin itu mula menyerang. Kesakitan itu akan terjadi seperti mana yang dihajati oelh tukang sihir. Tentera jin ini adalah jenis yang taat pada ketua mereka dan mereka tidak akan mengalah atau menyerah diri walaupun dibaca ayat-ayat Al-Quran. Mereka tidak keluar dari tubuh mangsa bukan disebabkan mereka kuat atau kebal tetapi mereka takut hukuman yang akan mereka terima jika mereka mengingkari arahan ketua mereka.

Namun begitu, kita tetap disaran & disuruh untuk berubat dengan menggunakan ayat-ayat Al-Quran dan jangan menggunakan khidmat tukang sihir juga untuk merawat penyakit. Jika kita berbuat demikian, maka kita juga bersama-sama syirik seperti tukang sihir.

Secara umumnya, sihir boleh dibahagi pada dua jenis iaitu sihir waqi'i dan sihir khayali. Sihir waqi'i ialah jenis serangan fizikal yang mana mangsa akan merasakan kesakitan dan penderitaan akibat disihir. Sihir khayali ialah sihir pandangan mata. Pandangan mata mangsa dikhayalkan. Contoh sihir khayali seperti di majlis kenduri. Mangsa akan melihat nasi berulat & tidak masak. Contoh yang lain ialah seperti pembedahan batin yang tidak menggunakan bius & tidak menyakitkan.

Dengarkan video ini untuk mendapatkan penjelasan lanjut.

No comments:

Post a Comment