Aurat antara lelaki dan wanita satu perkara yang sensitif. Aurat merupakan batasan yang perlu dijaga dalam segenap masa termasuk semasa sesi rawatan. Kebanyakan pesakit yang berjumpa kami adalah dikalangan wanita. Mungkin ada sedikit kemusykilan atau pertanyaan yang bermain di benak fikiran bagaimana untuk menjaga batas aurat antara pesakit wanita dan perawat lelaki.
Setiap pesakit yang kami rawat perlu disertai oleh mahram dan mendapat kebenaran wali atau suami. Kehadiran mereka bersama diperlukan bagi mengelakkan timbulnya sebarang fitnah semasa sesi rawatan dilakukan. Sesi rawatan akan dibuat di kawasan terbuka yang boleh dilihat oleh semua orang.
Pesakit wanita akan diminta untuk mengenakan tudung atau telekung. Disamping itu, mereka juga digalakkan memakai seluar panjang. Perawat biasanya akan memulakan ruqyah dengan memegang kepala pesakit. Pesakit tidak digalakkan untuk memakai stokin bagi memudahkan proses pengeluaran jin menerusi kaki. Sekiranya jin tersangkut di mana-mana bahagian tubuh badan, perawat akan meminta izin daripada mahram untuk menyentuh kawasan tersebut dengan memakai sarung tangan. Perawat akan menggunakan seminima mungkin sentuhan semasa proses rawatan dilakukan.
Pesakit dan perawat perlu menjaga batasan aurat sepanjang tempoh rawatan supaya tidak melanggar hukum syarak dan mencapai redha Allah s.w.t dalam mencari kesembuhan daripadaNya.
No comments:
Post a Comment