Thursday 5 December 2013

Bolehkah Guna Air Zam Zam Sebagai Air Penawar Atau Jampi

Sabda Rasulullah s.a.w mafhumnya, "Sebaik-baik air di muka bumi ialah air zam zam. Ia merupakan makanan yang mengenyangkan dan penawar bagi penyakit." (Hadis riwayat Ibn Hibban, al-Tabrani)

Daripada Ibn 'Abbas r.anhu. Rasulullah s.a.w bersabda mafhumnya," Air zam zam sesuai dengan niat orang yang meminumnya, apabila engkau meminumnya sebagai ubat, semoga Allah akan menyembuhkanmu, apabila engkau meminumnya untuk mengenyangkan, semoga Allah mengenyangkan kamu, apabila engkau meminumnya untuk menghilangkan dahaga, semoga Allah menghilangkannya. Air zam zam ialah galian Jibril dan merupakan curahan minuman daripada Allah kepada nabi Ismail a.s" (Hadis riwayat Dar al-Qatni dan al-Hakim)

Sememangnya telah diperakui bahawa air zam zam itu ialah penawar. Air zam zam merupakan minuman dari syurga. Oleh itu, jika tidak dibaca apa-apa pun ia dengan sendirinya telah dikurniakan sifat penawar bagi penyakit oleh Allah s.w.t.

Air zam zam mempunyai bacaan alkali yang tinggi yang baik untuk kesihatan tubuh badan. Menjadikan air zam zam sebagai minuman harian adalah amat baik bagi kesihatan rohani dan jasmani.

Jika anda bertanya pada saya, boleh ke guna air zam zam untuk buat air penawar atau jampi. Saya dengan ikhlas akan jawab, sesungguhnya air zam zam itu memang telah sedia sebagai penawar sejak azali tanpa perlu dijampi lagi.

No comments:

Post a Comment