Friday 13 December 2013

Amalan Lailahaillallah

Pada kali ini saya ingin berkongsi amalan yang boleh kita amalkan dalam kehidupan kita. Ini antara amalan kerohanian atau kesufian dalam mendekatkan diri kita pada Allah s.w.t.

Untuk mengamalkan amalan ini, saya sarankan supaya anda berjumpa dengan mana-mana guru tasawuf untuk mendapatkan ijazah amalan daripada mereka. Amalan ini dipetik dari kitab yang saya pelajari iaitu Penawar Hati.

Amalan Khatam Lailahaillallah:



Amalan ini boleh dilakukan seberapa banyak kali yang kita mampu. Satu set hendaklah dibaca sebanyak 70,000 kali. Sebaik-baiknya dihabiskan dalam masa sehari. Jika tidak mampu, boleh dipecahkan 10,000 kali sehari sehingga tujuh (7) hari.

Kelebihan amalan ini ialah mereka yang telah khatam amalan ini akan dipelihara akan Allah s.w.t dari azab api neraka.

Terdapat sebuah kisah di mana seorang yang telah khatam amalan ini berada dalam satu majlis ilmu. Tiba-tiba seorang ahli majlis itu berteriak apabila beliau melihat ibunya sedang dibakar dalam api neraka. Justeru itu, hamba Allah ini ingin menguji akan kebenaran amalan ini. Maka, beliau hadiahkan amalan ini kepada ibu ahli majlis tersebut. Tidak semena-mena selepas itu, orang itu berkata bahawa ibunya telah aman daripada api neraka. Maka, yakinlah beliau dengan amalan yang telah dilakukan ini.

Sebaik-baiknya, dibuat amalan ini beberapa set iaitu:

1. 70,000 x untuk diri sendiri
2. 70,000 x untuk setiap isteri
3. 70,000 x untuk ibu
4. 70,000 x untuk ayah
5. 70,000 x untuk setiap anak

Semoga Allah s.w.t memberi kita kekuatan untuk khatam amalan ini. Amin ya rabbal alamin.

8 comments: