Friday, 13 December 2013

Amalan Selawat Ummi

Amalan selawat ummi ini sebaik-baiknya dilakukan setelah kita khatam amalan Lailahaillah seperti post saya sebelum ini. Amalan Lailahaillallah itu kita lakukan bagi menyucikan diri kita untuk benar-benar menafikan tuhan selain Allah s.w.t dan mengisbatkan hanya Allah s.w.t sahaja tuhan yang layak diimani.

Amalan selawat ummi ini pula untuk menyatakan bahawa kita yakin dengan seyakin-yakinnya bahawa Rasulullah s.a.w adalah nabi & rasul utusan Allah s.w.t serta menerima bahawa Al-Quran itu adalah mukjizat dan wahyu daripada Allah s.w.t.

Sesungguhnya Al-Quran itu adalah wahyu daripada Allah s.w.t dan bukanlah tulisan & karangan rekaan Rasulullah s.a.w seperti mana yang kita yakini dalam selawat ini bahawa Rasulullah s.a.w itu Rasul & Nabi yang ummi (buta huruf). Selawat ini bukan bertujuan untuk menghina atau merendahkan martabat Rasulullah s.a.w., sebaliknya adalah tanda membenarkan Rasulullah s.a.w dan Al-Quran itu sendiri.


Amalan ini perlu dikhatam dengan membacanya sebanyak 100,000 kali. Paling baik dihabiskan dalam masa sehari. Jika tidak mampu, boleh dipecahkan dalam tujuh (7) hari. Antara kelebihan yang akan diperolehi ialah seseorang yang telah khatam amalan ini dengan jayanya, insya Allah akan dipertemukan Allah s.w.t akan Rasulullah s.a.w dalam mimpi kita. Semoga kita diberikan kekuatan untuk khatam amalan ini. Amin ya rabbal alamin.

3 comments:

  1. Alhamdulilah.

    Semasa saya duduk di masjid nabawi, musim haji tahun 2015 selepas solat maghrib

    Saya sangat teringin bertemu Rasulullah S.A.W.. hasrat membuak2 didalam hati.

    Tiba2 dtg seorang pemuda, berbaju hijau tua berhabuk, berkulit gelap, seperti buruh pembinaan, dtg menegur saya dalam bahasa Inggeris.

    Saya peringkat permulaan, tidak melayan teguran kerana menyangkakan beliau hendak meminta duit tetapi saya tersentak bila dia kata dia tahu saya hendak bertemu Rasulullah S.A.W.

    Saya bertanya pada dia, "You always see Rasulullah S.A.W".. Dia kata selalu jumpa.

    Dia pun mengajarkan saya selawat ummi versi berbeza sikit dgn tuan. dan sedikit2 tips utk bertemu Rasulullah S.A.W.

    Dia ada mengatakan selepas 3 bulan mengamalkan selawat itu, bila balik Malaysia, saya akan dapat bertemu Rasulullah S.A.W.

    Kemudian setelah mengajarkan saya, pemuda tersebut mengundir diri dan menghilangkan diri tanpa menunggu waktu isyak.

    Sehingga sekarang saya,masih belum berjaya khatam selawat ummi ini 3bulan berturut2. dan masih tidak dapat bertemu kekasih hati Muhammad Rasulullah S.A.W

    Doakan saya

    ReplyDelete
  2. Qabiltu Dunia Akhirat..

    ReplyDelete
  3. Assalammualaikum..
    Menarik penjelasan tuan..harap boleh kongsi di emel saya..norzy79@gmail.com

    ReplyDelete