Monday 10 March 2014

Misteri Kehilangan Pesawat B777-200 MH370

Belum pun habis isu jerebu dan kemarau yang panjang, Malaysia diuji sekali lagi dengan ujian yang amat berat berikutan kehilangan pesawat B777-200 MH370 yang dalam perjalanan dari KLIA menuju ke Beijing, China.

Misteri kehilangan masih belum terjawab sehingga kini walaupun kerja-kerja menyelamat telah masuk hari ketiga dengan bantuan aset daripada beberapa negara yang prihatin. Syukur ke hadrat Ilahi kerana dalam masa Malaysia diuji begini, masih ada negara yang bersimpati untuk menghulurkan bantuan walaupun pada masa sama ada terdapat beberapa perkara yang tidak sehaluan.

Justeru itu, kita sebagai insan biasa yang lemah hanya mampu memanjat doa kepada Allah s.w.t semoga diberi suatu keajaiban buat mereka. Sesungguhnya tidak ada sesuatu yang mustahil buat Allah s.w.t. Tiada sesuatu yang berlaku melainkan dalam pengetahuan Allah s.w.t jua.

Semoga Allah s.w.t memudahkan usaha mencari & menyelamat yang sedang giat dijalankan. Semoga rahmat Allah s.w.t sentiasa mengiringi kalian.

Amin ya rabbal alamin.

No comments:

Post a Comment