Monday, 24 March 2014

Suami Menjadi Dingin Dengan Kehadiran Orang Ketiga

Perangai si suami mula berubah sejak akhir-akhir ini. Sering pulang lewat malam. Kadang-kadang pagi baru balik. Tidur hanya sejam dua kemudian terus bangun pergi kerja. Kadang-kadang, mandi pun tidak. Mungkin suamiku banyak tugasan di pejabat, getus si isteri.

Belanja dapur telah lama tidak diberi. Dahulu, pantang gaji atau barang dapur mula menyusut, si suami pasti segera ke kedai untuk membeli keperluan. Buat stok katanya. Tapi sejak kebelakangan ini, si isteri pula yang perlu mengeluarkan belanja dapur. Kalau mengharapkan si suami, pasti tidak berasap dapur dan kebulur anak-anak.

Sekarang pun si suami jarang bermain dengan anak-anak. Duit belanja sekolah anak-anak tidak disediakan. Jika tidak, awal-awal bulan si suami akan tukar duit seringgit untuk perbelanjaan anak-anak. Hujung minggu ada sahaja alasan, ada kerja di pejabat, ingin bertemu kawan dan sebagainya. Tidak ada lagi masa untuk isteri dan anak-anak. Kalau tidak, mesti diajak makan di luar atau keluar berjalan-jalan di hujung minggu.

Duit untuk isteri pun sudah tidak dihiraukan. Bayaran bil banyak yang tertunggak. Kereta dijual, ah long datang mencari. Habis segala harta yang dikumpul selama ini. Ke mana wang itu pergi?

Hati isteri mana yang tidak berkecai dan hancur bila mendengar si suami ada perempuan lain. Katanya perempuan itu lebih manja dan menjaga dirinya.

Alhamdulillah, selepas dua (2) kali rawatan, si suami sudah mula menunjukkan reaksi positif. Sudah mula nampak isteri dan anak-anak. Perempuan itu pun sudah minta putus hubungan. Semoga Allah s.w.t mengekalkan hubungan rumah tangga mereka yang bahagia hingga ke syurga. Tidak salah jika lelaki ingin beristeri lebih, tetapi berterus teranglah dengan si isteri dan ukur baju di badan sendiri. Ingat, kita semakin tua dan tenaga juga makin berkurang.

No comments:

Post a Comment