Thursday 27 March 2014

Seminar Pengubatan Islam 2014


Alhamdulillah, semalam Allah s.w.t telah memberi kepada saya kesempatan untuk mengikuti Seminar Pengubatan Islam anjuran Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin. Penceramah di bawakan khas dari Pusat Rawatan Darussyifa'.

Sesi pagi dimulakan dengan penerangan oleh Ust. Ab Razak bin Mahadi. Beliau menerangkan tentang hakikat kesembuhan itu adalah milik mutlak Allah s.w.t dan hubungkait penyakit dengan masalah rohani serta emosi.

Beliau menyampaikan ceramah dalam bentuk santai dan mudah difahami. Beliau memecahkan punca penyakit bukan fizikal kepada tiga iaitu:

1. Gangguan emosi
2. Gangguan makhluk halus
3. Gangguan emosi dan mahkluk halus.

Perawat dan pesakit perlu mengetahui yang mana satu menjadi punca gangguan tersebut. Emosi yang tidak terkawal boleh mengundang gangguan daripada makhluk halus jika kita berada dalam keadaan terlampau takut, terlampau gembira, terlampau sedih, terlampau berani.

Nasihat beliau, untuk menjaga emosi ubatnya ialah dengan menguatkan rohani. Apabila rohani kuat, maka emosi akan menjadi sukar terganggu.

Pada sesi petang pula, seminar diteruskan dengan forum bual bicara bersama YBhg. Tuan Guru Dato' Dr. Harun Din iaitu pengasas Pusat Rawatan Darussyifa'. Beliau mengulas dan memberi penerangan terperinci pada persoalan mengenai gangguan makhluk halus, ciri-ciri rawatan Islam, penggunaan bahan-bahan rawatan, saka.

Saya doakan semoga lebih banyak seminar seperti ini dapat diadakan untuk memberi kesedaran dan pengetahuan kepada masyarakat agar tidak tertipu atau tersalah memilih kaedah rawatan yang dikatakan berlandaskan Islam.

No comments:

Post a Comment