Marah nyamuk, kelambu dibakar.
Perbuatan khianat seperti sihir biasanya dibuat dan dituju khas kepada orang tertentu. Adakalanya, tidak dituju pada mangsa tetapi kepada ahli keluarga lain. Tujuannya, supaya pesakit dan perawat keliru.
Mungkin ada orang yang berdendam dengan si suami. Tetapi, sihir dituju pada anak dan isteri. Mengapa? Supaya apabila si suami pergi berubat dan sembuh, sihir itu datang kembali. Ini kerana sumber sihir tidak dihapuskan.
Jika seseorang itu dikhuatiri terkena sihir, saya amat galakkan keseluruhan keluarga diberi rawatan kerana dibimbangi ada ahli keluarga lain juga yang turut terkena.
Berdasarkan pengalaman saya, ada seorang individu dalam keluarga yang disihir dan menunjukkan kesan sakit fizikal. Apabila diperiksa di hospital, tiada punca yang ditemui. Setelah ikhtiar rawatan Islam, ditemui bahawa bukan beliau sahaja yang disihir tetapi terdapat beberapa lagi ahli keluarga yang turut terkena namun tidak menunjukkan kesan.
Tukang sihir amat licik untuk menutup punca atau sumber sihir mereka. Namun begitu, tiada yang berkuasa melainkan Allah SWT yang Maha Kuasa. Sihir mereka terjadi juga dengan izin Allah SWT. Selayaknya kita hamba juga memohon pada Allah SWT untuk membatalkan sihir tersebut.
Semoga kita dipelihara Allah SWT daripada khianat di kalangan jin dan manusia.
No comments:
Post a Comment