Thursday 31 January 2013

Penawar Surah Yaasin - Diri Sendiri

Menjadi salah satu adat orang Melayu untuk mengadakan majlis bacaan Yaasin setiap malam Jumaat. Ia merupakan satu bidaah hasanah yang tidak bertentangan dengan Sunnah.

Bagi yang mengalami gangguan, anda boleh mengamalkan surah Yaasin sebagai langkah mengubat diri sendiri. Amalkan bacaan Yaasin selepas solat Subuh. Jika gangguan amat kuat tambahkan selepas solat Asar. Jika masih berterusan, amalkan selepas solat Isyak.

Bacaan tadi juga boleh dibacakan pada air untuk dijadikan minuman dan mandian. Selain itu, boleh dibacakan pada limau purut / limau nipis untuk minuman / mandian atau gosok.

Kaedah ini boleh digunakan untuk merawat diri sendiri atau rawatan awal sebelum bertemu perawat Islam lain.

No comments:

Post a Comment