Sedar tak sedar begitu cepat masa berlalu. Rasakan seolah-olah baru sahaja menyambut Awal Muharram dan kini telah tiba satu lagi hari kebesaran Islam iaitu Hari Maulidurrasul.
Kita disunatkan berpuasa pada hari Sambutan Kelahiran Junjungan Besar Baginda S.A.W. iaitu pada hari Khamis, 12 Rabiulawal bersamaan 24 Januari 2013. Mari sama-sama kita tandakan hari kebesaran tersebut agar kita tidak terlepas pandang untuk melakukan ibadah puasa pada hari tersebut.
p/s: Jika hari kelahiran manusia biasa kita ingati dan sambut dengan begitu meriah, maka sewajarnya hari kelahiran Baginda Nabi Muhammad S.A.W disambut lebih daripada itu bagi mengenang jasa Baginda ke atas umat Islam dan seluruh alam.
No comments:
Post a Comment