Thursday, 31 January 2013

Penawar Surah Yaasin - Diri Sendiri

Menjadi salah satu adat orang Melayu untuk mengadakan majlis bacaan Yaasin setiap malam Jumaat. Ia merupakan satu bidaah hasanah yang tidak bertentangan dengan Sunnah.

Bagi yang mengalami gangguan, anda boleh mengamalkan surah Yaasin sebagai langkah mengubat diri sendiri. Amalkan bacaan Yaasin selepas solat Subuh. Jika gangguan amat kuat tambahkan selepas solat Asar. Jika masih berterusan, amalkan selepas solat Isyak.

Bacaan tadi juga boleh dibacakan pada air untuk dijadikan minuman dan mandian. Selain itu, boleh dibacakan pada limau purut / limau nipis untuk minuman / mandian atau gosok.

Kaedah ini boleh digunakan untuk merawat diri sendiri atau rawatan awal sebelum bertemu perawat Islam lain.

Promosi Gulsan Pati Delima


Tuesday, 22 January 2013

Sihir

Sungguh tidak disangka masih ada yang menggunakan khidmat bomoh untuk menyihir manusia lain. Tidak ketahui apakah motif mereka. Namun begitu, tindakan ini tetap salah dan syirik di sisi Islam. Seorang pesakit disihir oleh beberapa orang bomoh tanpa diketahui puncanya.

Alhamdulillah, dengan berkat bacaan beberapa ayat al-quran dan bahan yang diruqyahkan, keadaan pesakit dah kembali pulih. Pandangan dan pendapat peribadi saya, sediakan payung sebelum hujan. Simpanlah first aid kit di rumah. Kita tidak tahu bila kita memerlukannya.

Saturday, 19 January 2013

Pati Delima Gulsan

Delima adalah salah satu daripada pemakanan Sunnah yang baik untuk diamalkan. Diamalkan sebanyak dua (2) kali sehari. Sesudu di waktu pagi dan sesudu di waktu petang. Bancuhkan sesudu pati delima dengan segelas air sejuk.

Harga: RM15.00 sebotol
Harga: RM20.00 sebotol (diruqyahkan)

C.O.D untuk Putrajaya dan Bangi.

Hubungi:- 012-9883445

p/s: Pati Delima Ruqyah adalah terhad. Sila maklumkan terlebih dahulu kerana kami buat secara khusus mengikut keperluan pembeli.

Monday, 14 January 2013

Rawatan Kanser / Ketumbuhan Menggunakan Air Zam-zam & Pati Delima

Baru-baru ini saya mendapat beberapa panggilan untuk merawat penyakit kanser / ketumbuhan. Secara ikhlasnya, saya memang tidak tahu bagaimana cara terbaik untuk merawatnya. Namun setelah meminta petunjuk daripada Allah S.W.T, maka diilhamkan olehNya untuk melakukan rawatan dengan menggunakan ramuan Air Zam-Zam dan Pati Delima. Sesungguhnya setiap penyakit itu datangnya daripada Allah S.W.T dan Allah S.W.T jualah yang Maha Menyembuhkan. Mudah-mudahan ikhtiar dan usaha ini diberkati dan diberikan penyembuhan oleh Allah S.W.T yang Maha Berkuasa.

Amin ya rabbal alamin.

Maulidurrasul

Sedar tak sedar begitu cepat masa berlalu. Rasakan seolah-olah baru sahaja menyambut Awal Muharram dan kini telah tiba satu lagi hari kebesaran Islam iaitu Hari Maulidurrasul.

Kita disunatkan berpuasa pada hari Sambutan Kelahiran Junjungan Besar Baginda S.A.W. iaitu pada hari Khamis, 12 Rabiulawal bersamaan 24 Januari 2013. Mari sama-sama kita tandakan hari kebesaran tersebut agar kita tidak terlepas pandang untuk melakukan ibadah puasa pada hari tersebut.

p/s: Jika hari kelahiran manusia biasa kita ingati dan sambut dengan begitu meriah, maka sewajarnya hari kelahiran Baginda Nabi Muhammad S.A.W disambut lebih daripada itu bagi mengenang jasa Baginda ke atas umat Islam dan seluruh alam.