Friday, 27 June 2014

Jom Hafal Yasin Sempena Ramadhan Ini

Sempena Ramadhan kali ini, mari kita ambil kesempatan untuk menghafal Surah Yasin disamping aktiviti tadarrus Al-Quran. Bagi memudahkan mereka yang ingin menyahut cabaran ini, pihak kami membuat sedikit panduan yang boleh digunakan bersama. Semoga kita berjaya... Salam Ramadhan Kareem.


p/s: Sepanjang Ramadhan ini, waktu rawatan hanya pada malam Sabtu & malam Ahad sahaja setelah solat Terawih.

Monday, 23 June 2014

Salah Tuju atau Memang Dituju

Marah nyamuk, kelambu dibakar.

Perbuatan khianat seperti sihir biasanya dibuat dan dituju khas kepada orang tertentu. Adakalanya, tidak dituju pada mangsa tetapi kepada ahli keluarga lain. Tujuannya, supaya pesakit dan perawat keliru.

Mungkin ada orang yang berdendam dengan si suami. Tetapi, sihir dituju pada anak dan isteri. Mengapa? Supaya apabila si suami pergi berubat dan sembuh, sihir itu datang kembali. Ini kerana sumber sihir tidak dihapuskan.

Jika seseorang itu dikhuatiri terkena sihir, saya amat galakkan keseluruhan keluarga diberi rawatan kerana dibimbangi ada ahli keluarga lain juga yang turut terkena.

Berdasarkan pengalaman saya, ada seorang individu dalam keluarga yang disihir dan menunjukkan kesan sakit fizikal. Apabila diperiksa di hospital, tiada punca yang ditemui. Setelah ikhtiar rawatan Islam, ditemui bahawa bukan beliau sahaja yang disihir tetapi terdapat beberapa lagi ahli keluarga yang turut terkena namun tidak menunjukkan kesan.

Tukang sihir amat licik untuk menutup punca atau sumber sihir mereka. Namun begitu, tiada yang berkuasa melainkan Allah SWT yang Maha Kuasa. Sihir mereka terjadi juga dengan izin Allah SWT. Selayaknya kita hamba juga memohon pada Allah SWT untuk membatalkan sihir tersebut.

Semoga kita dipelihara Allah SWT daripada khianat di kalangan jin dan manusia.


Wednesday, 11 June 2014

Santau Di Tempat Kerja

Santau boleh jadi dihantar melalui beberapa cara iaitu melalui makanan, angin atau sentuhan. Pesakit biasanya tidak dapat mengesan sebarang perubahan sehingga santau tersebut telah sebati dalam diri.

Dalam kehidupan seharian di pejabat, kita tidak terlepas untuk bergaul mesra, makan bersama dan melakukan aktiviti bersama rakan sepejabat. Namun begitu, dalam kegembiraan pasti ada yang berduka. Mungkin ada pihak yang dengki atau iri hati dengan kita. Mungkin ada orang yang dengki pada sahabat baik kita tetapi kita yang terkena.

Nasihat saya, sentiasa amalkan zikir selepas solat seperti berikut:

1. Al-Fatihah 1x
2. Ayatul kursi 1x
3. Al-Ikhlas 3x
4. Al-Falaq 1x
5. An-Nas 1x

Jadikan amalan yang istiqamah sepanjang hayat. Apabila menerima sesuatu barang atau sebelum menjamah sesuatu makanan. Sentiasa amalkan bismillah 5 dan ayatul kursi. Niat supaya Allah s.w.t melindungi kita dari sebarang malapetaka.

Bismillah 5: