Kepada tuan / puan yang berada di lembah klang & sekitar yang berminat untuk mengikuti kuliah kitab turath secara bertalaqqi & bersanad. Kuliah dikendalikan oleh Baba Idris Ulama' Dari Fathani. Kuliah akan bermula selepas Aidil Adha. Kitab yang akan dibahaskan ialah:
1. Kitab Mizan Az-Zarari (Baba Ismail Sepanjang Al-Fathoni) - Tauhid
2. Kitab Bakuroh Al-Amani (Al-Alim Al-Allamah As-Syeikh Ismail bin Abdul Qadir Al-Fathoni) - Tauhid
3. Kitab Wishahul Afrah Wa Ishbahul Falah (Syeikh Muhammad bin Ismail Daud Al-Fathoni) - Fekah
4. Kitab Sabilal Muhtadin (Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari) - Fekah
5. Kitab Kifayatul Muhtadi - Fekah
6. Kitab Matla'ul Badrain (Syeikh Muhammad bin Ismail Daud Al-Fathoni) - Fekah
7. Kitab Penawar Bagi Hati (Syeikh Abdul Qadir bin Abdul Mutholib al-Indonisi al-Mandili) - Tasawuf
8. Kitab Aqidatun Najin (Syeikh Zainal Abidin bin Muhammad Al-Fathoni) - Tauhid
Berminat? Hubungi saya di 012-9883445.
Kaedah perubatan & rawatan Islam Fiqrullah menggunakan Ruqyah Syar'iyah yang berteraskan ayat al-quran dan zikir bagi masalah gangguan yang berpunca daripada jin seperti histeria, santau, sihir, saka dan sebagainya serta penyakit fizikal misteri yang tidak dapat dijelaskan oleh perubatan moden. Perkhidmatan rawatan ke tempat anda untuk sekitar lembah kelang.
Monday, 29 September 2014
Thursday, 11 September 2014
Gangguan Semasa Ramadhan
Maaf kepada para pembaca kerana lama tidak update blog. Dah usang dan berhabuk. Kebelakangan ni sibuk dengan rawatan dan kerja harian.
Ada yang bertanya pada saya, betul ke bulan Ramadhan pun ada gangguan. Ramai ustaz kata syaitan dirantai masa bulan Ramadhan.
Jom kita berkongsi cerita...
Memang benar dalam hadis disebutkan bahawa syaitan dirantai dan dicampakkan ke laut pada bulan Ramadhan. Antara hikmahnya supaya manusia dapat beramal tanpa gangguan. Tetapi, ada juga yang terbabas. Mengapa, sebab tabiat 11 bulan telah kekal dan sebati. Maka, walaupun tiada syaitan, nafsu dan tabiat itu masih mampu memandu ke arah maksiat.
Bagaimana pula dengan jin? Jin tidak termasuk dalam hadis di atas kerana mereka juga dituntut beribadat ke pada Allah SWT seperti manusia. Maka, jin tetap ada. Orang tua-tua kata bulan Ramadhan tiada hantu. Sebenarnya, jin ada sama ada bulan Ramadhan atau tidak.
Apa buktinya? Buktinya masih terdapat gangguan pada bulan Ramadhan. Jika jin dikurung, pasti pesakit yang ada jin dalam tubuh mereka menjadi sihat. Hakikatnya, jin tetap ada pada bulan Ramadhan tetapi mereka agak lemah kerana manusia meningkatkan amalan kebaikan.
Subscribe to:
Posts (Atom)